Follow on Google News News By Tag Industry News News By Location Country(s) Industry News
Follow on Google News | Mengapa Perlunya Kedai Online..?Perniagaan internet kini semakin meluas pengaruhnya,meliputi hampir kesemua kategori perniagaan.Paling ketara sekali adalah melibatkan perniagaan runcit (retail) yang mana keperluannya adalah amat penting sekali.Disebabkan itu...
By: Hadinur MS Anda juga boleh memiliki kedai online sekiranya berminat untuk memasuki pasaran tanpa sempadan ni.Dengan hanya beberapa langkah saje, anda boleh memiliki & menguruskan kedai online dari rumah ataupun mengikut keselesaan anda.Mungkin anda tidak memiliki sebarang kemahiran/pengetahuan dalam membina kedai online.Tetapi anda boleh mendapatkan perkhidmatan membina kedai online dari mana-mana pakar pembangun laman web (web designer) dengan harga yang berpatutan. Sebab wujudnya kedai online :- * Disebabkan arus kemodenan, manusia semakin sibuk dengan tugas masing-masing sehingga tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti membeli-belah.Aktiviti ini dianggap banyak membuang masa mereka. * Walaubagaimanapun, berdasarkan pada faktor ini, pengguna tidak dapat lari dari membeli keperluan harian mereka dan juga keperluan yang lain. * Kesukaran untuk mencari lokasi membeli-belah yang mana mereka boleh mendapat kesemua keperluan di bawah satu bumbung dengan harga berpatutan. * Kesesakan lalu lintas juga menjadi punca kepada kewujudan kedai online. * Oleh kerana itu, semakin ramai pengguna lebih gemar untuk berbelanja di internet bagi mengelakkan segala kesulitan dan membuat pembelian dari keselesaan di rumah mahupun di pejabat tanpa sebarang kerumitan. Penyelesaiannya :- Menyediakan kedai online merupakan jalan terbaik bagi memastikan pengguna selesa & dapat berbelanja secara bijak tanpa perlu membuang masa mereka.Kedai online berupaya melayani pelanggan dari serata dunia, setiap detik dengan mudah. Jika dulu pada penghujung kurun ke 15, dunia telah dikejutkan dengan penemuan ‘New World’ (Amerika) oleh Christopher Columbus yang mana penemuan tersebut telah memberikan keuntungan kepada banyak pihak.Kini setelah lebih 500 tahun berlalu, kita telah di temukan lagi dengan sebuah ‘New World’.Dunia baru yang dimaksudkan di sini adalah internet dan ianya adalah dunia tanpa sempadan untuk kita meraih keuntungan. Terima Kasih & Salam Tahun Baru. Hadinur MS My Blog : http://revolusiusahawan.com/ Follow Me on Twitter : http://twitter.com/ # # # Hadinur MS merupakan seorang penulis di blog Revolusi Usahawan dot Com. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berguna mengenai perniagaan internet dan pemasaran internet, bolehlah ke http://revolusiusahawan.com/ End
|
|