Tips Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 2013

Penolong Pegawai Tadbir N27 merupakan jawatan kerajaan dalam Kumpulan Sokongan I yang memerlukan kelayakan Diploma/STPM untuk memohon.
By: penolong pegawai tadbir
 
May 21, 2013 - PRLog -- Pihak SPA telah mengumumkan bahawa temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 akan diadakan pada 10.5.2013 sehingga 14.6.2013

Jika nama anda tersenarai untuk temuduga ini, kami ucapkan setinggi tinggi tahniah dan semoga berjaya. Untuk mendapatkan lebih tips berkenaan temuduga ini, sila ke blog penolong pegawai tadbir..klik link di akhir artikel ini.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 meliputi 4 aspek utama iaitu POLC (Planning, Organizing, Controlling & Leading).

Tambahan info bagi Tips temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit info lagi berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 seperti yang tertera di bawah:

Pengurusan
Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

Aspek Pentadbiran Pejabat
Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib dan sebagainya.
Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk.
Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit mensyuarat.
Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat.
Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan.

Hal-Hal Kewangan
Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan.
Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois.
Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok.
Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll.

Hal Teknologi Maklumat
Penggunaan internet
Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan
Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll
Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan
Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak
Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain
Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab
Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan

Apapun, nasihat saya, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang bakal anda hadiri.

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

Tips temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Skop Soalan Temuduga Yang Lazimnya Ditanya Oleh Panel Penemuduga

Soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon.
Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan
Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan isu semasa
Soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.
Berikut adalah soalan yang ditanya oleh panel penemuduga berdasarkan pengalaman calon temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Calon I

Kenapa anda memilih untuk memohon jawatan gred N27, bukan gred E27?
Kenapa anda rasa anda layak menjawat jawatan ini?
Boleh jelaskan deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27?
Perbezaan ketara disiplin pekerja kerajaan & pekerja swasta?
Apa kelebihan yang anda miliki berbnading calon-calon lain?
Perbezaan antara MARA & Air Asia?

P/S : Calon mungkin akan diuji tahap penguasaan bahasa Inggeris semasa seisi temuduga.

Calon II

Seisi Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Perbandingan majikan sekarang dengan sektor awam
Pesaing bagi sektor awam
Perkenalkan diri & latar belakang
Pesaing majikan anda
Seisi temuduga dalam Bahasa Melayu

Kenapa ingin menjawat jawatan sektor awam?
Islam Hadhari
Cabaran kerja sektor awam
Dasar kerajaan yang terkini
Pembangunan modal insan

Kepada calon temuduga, salam SUKSESS dari kami dan tampilkan prestasi cemerlang semasa hari temuduga untuk memaksimakan potensi menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Semoga entri berkaitan Tips temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan.

Pesanan terakhir dari kami, kami amat sarankan kepada anda supaya dapatkan panduan Lulus Temuduga Kerajaan jika anda ingin berjaya di dalam temuduga ini. Anda pasti lebih yakin di hari temuduga nanti jika belajar dari panduan ini tentang teknik-tekink menjawab soalan temuduga dan contoh-contoh soalan temuduga. PERCAYALAH! Klik link di bawah untuk mendapatkan tips dan contoh soalan:

=> http://www.penolongpegawaitadbir.com
End
Source:penolong pegawai tadbir
Email:***@gmail.com
Tags:Penolong, Pegawai, Tadbir, Gred N27
Industry:Education, Government
Location:Malaysia
Account Email Address Verified     Account Phone Number Verified     Disclaimer     Report Abuse
shakerstribal News
Trending
Most Viewed
Daily News



Like PRLog?
9K2K1K
Click to Share