SCB Jangka Kehadiran 96,000 delagasi

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2012: Biro Konvensyen Sarawak (SCB) menjangkakan kehadiran 96,000 delegasi ke Sarawak menjelang tahun 2012, hasil kejayaannya membida 50 konvensyen pada tahun lalu yang akan menyumbang sehingga RM59 juta kepada ekonomi negara.
By: Intelectasia Consultancy
 
July 2, 2012 - PRLog -- KUALA LUMPUR, 27 Jun 2012: Biro Konvensyen Sarawak (SCB) menjangkakan kehadiran 96,000 delegasi ke Sarawak menjelang tahun 2012, hasil kejayaannya membida 50 konvensyen pada tahun lalu yang akan menyumbang  sehingga RM59 juta kepada ekonomi negara.

Sejak ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 2006, SCB telah membawa pulangan ekonomi sebanyak RM202 juta kepada negeri itu apabila menjayakan 180 konvensyen yang bertaraf nasional dan antarabangsa.

SCB memainkan peranan aktif sebagai pemangkin pelancongan acara perniagaan dan ini sekaligus telah meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai hab Asia untuk industri itu yang juga dikenali sebagai MICE (akronim untuk Meeting, Incentive, Convention and Exhibition).

Sejajar dengan peranan penting yang dimainkannya, SCB juga baru-baru ini telah menerima anugerah Penjenamaan BrandLaureate 2011-2012 dalam mempromosikan Malaysia khususnya Sarawak sebagai destinasi utama bagi acara perniagaan, pelancongan dan pelaburan.

Pengerusi Yayasan Penjenamaan Asia Pasifik (APBF), Dr KK Johan semasa mengulas pemberian anugerah itu berkata: "SCB menerusi pelbagai inisiatif telah mempromosikan Sarawak sebagai negeri yang moden dan maju tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan budaya dan warisannya."

Sementara itu, Pengerusi SCB, Datuk Sri Dr Mohd Leo Michael Toyad Abdullah berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penghormatan tersebut.

"Anugerah ini merupakan batu loncatan kepada kami untuk terus mempromosikan Sarawak sebagai destinasi acara perniagaan terkenal di peringkat antarabangsa," katanya.

Pengarah Urusan SCB, Mike Cannon pula berkata, pengiktirafan yang diterima menerusi anugerah itu  adalah bukti kejayaan strategi pemasaran dan penjenamaan yang dilakukan biro terbabit sejak 6 tahun lalu.

Ibu negeri Sarawak, Kuching turut disenaraikan dalam ranking Persatuan Kongress dan Konvensyen Antrabangsa (ICCA) Asia Pasifik & Timur Tengah apabila berkongsi tangga ke-42 dengan Nara dan Guangzhou dan mengatasi bandar seperti Adelaide dan Canberra di Australia serta Bangalore di India.

Sejak 2006, SCB telah menerima sembilan anugerah di peringkat antarabangsa termasuk Anugerah Pemasaran Terbaik ICCA pada tahun 2008 selepas menewaskan 80 destinasi pelancongan perniagaan dari seluruh dunia sekaligus menjadi destinasi Asia pertama yang memasuki pusingan akhir anugerah tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai SCB, sila layari www.sarawakcb.com.my.
End
Source:Intelectasia Consultancy
Email:***@intelectasia.com Email Verified
Tags:Sarawak Convention Bureau
Industry:Public Relations Agency
Location:Malaysia
Account Email Address Verified     Account Phone Number Verified     Disclaimer     Report Abuse
Supernewsroom News
Trending
Most Viewed
Daily News



Like PRLog?
9K2K1K
Click to Share