Follow on Google News News By Tag Industry News * Perniagaan internet * More Industries... News By Place Country(s) Industry News
Follow on Google News | 7 Teknik Pemasaran Internet BerkesanPemasaran adalah ibarat nadi atau jantung sesebuah perniagaan.Tanpa teknik atau strategi pemasaran yang berkesan, seseorang usahawan itu berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan para usahawan yang lain dan ini akan......
By: Hadinur MS 1. Pemasaran Forum Forum adalah tempat yang sesuai untuk anda membina nama ataupun ‘jenama’ anda.Berikan sesuatu maklumat yang berharga dan percuma kepada ahli forum.Dengan cara yang demikian, anda akan ‘dipandang’ 2. Pemasaran Social (Laman Social Networking) Pemasaran sosial ni lebih kurang sama saje dengan pemasaran forum.Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemasaran sosial, sila baca artikel saya yang bertajuk Usahawan Internet & Laman Social Networking. 3. Pemasaran Blog Blog merupakan satu medium yang patut dimanfaatkan untuk menarik trafik ke laman web jualan anda.Dinasihatkan supaya anda menggunakan blog berbayar iaitu blog yang dihostkan di domain anda sendiri.Ini akan meningkatkan tahap ‘percaya’ pelawat/pembaca yang datang ke blog anda untuk mendapatkan produk/perkhidmatan anda. 4. Pemasaran Artikel Merupakan satu cara yang popular untuk menjana back link daripada laman-laman web yang berkualiti/bertrafik tinggi.Lebih banyak artikel anda menerima pendedahan di dunia online maka akan lebih banyaklah perhatian/trafik yang akan anda terima sekaligus bakal mendapatkan hasil jualan untuk anda. 5. Pemasaran Video Kini video telah menjadi trend untuk memasarkan info secara online.Ini kerana video adalah fleksible dan boleh menarik perhatian orang untuk menontonnya.Masukkan URL laman yang anda promosikan di awal dan akhir video tersebut.Sesiapa pun yang menonton video berkenaan, dengan mudah dan cepat akan dapat mencari link untuk mendapatkan informasi lanjut. 6. Pemasaran Email Ia memerlukan anda untuk membina squeeze page dan meletakkan borang opt-in untuk mendapatkan alamat email subsciber.Contoh squeeze page yang biasa anda lihat adalah anda akan mendapat produk/software percuma sekiranya anda meletakkan nama & alamat email anda pada borang opt-in.Autoresponder diperlukan untuk membolehkan anda menghantar respond kepada orang yang mengisi maklumat pada borang opt-in tersebut dan menghantarnya secara automatik.Autoresponder juga digunakan untuk menghantar sebarang email promosi kepada senarai subscriber anda dengan sekali klik sahaja. 7. Pemasaran Viral Buatlah satu ebook percuma dan letakkan pada squeeze page anda.Di dalam ebook tersebut selitkan link-link laman web jualan dan juga blog anda atau apa-apa saje link (link-link affiliate anda) yang berkaitan dengan isi kandungan ebook.Benarkan subcriber anda untuk mengedarkan ebook berkenaan secara percuma tetapi dengan syarat…isi kandungan ebook tidak boleh diubah.Maka di sini link-link anda yang terdapat di dalam ebook terbabit akan tersebar dari tangan ke tangan. Sebenarnya terdapat banyak lagi teknik dan juga strategi pemasaran internet yang berkesan boleh anda gunakan.Tetapi di sini saya hanya menunjukkan 7 teknik pemasaran internet saje yang terbukti keberkesanannya untuk dikongsikan bersama dengan anda. Terima Kasih & Salam Kejayaan..! Hadinur MS My Blog : http://www.revolusiusahawan.com/ Follow Me on Twitter : http://twitter.com/ # # # Ke arah perniagaan internet yang sebenar dan rahsia usahawan internet buat duit online. Pelajari strategi keusahawanan internet dan dapatkan info berkenaan perniagaan internet dan buat duit online End
Account Email Address Disclaimer Report Abuse
|
|