Kesedaran Nutrisi Kepada Warga Hospital

"Pusat Kesihatan Sime Darby Menggalakkan Pemakanan Sihat kepada Staff bagi Mengatasi Penyakit Berkaitan Pemakanan"
By: Sime Darby Healthcare
 
SUBANG JAYA, Malaysia - May 30, 2013 - PRLog -- Subang Jaya: Sempena Bulan Nutrisi 2013, Pusat Kesihatan Sime Darby  (SDH) baru-baru ini telah menganjurkan kempen  'Makan Sihat Pilihan Anda Setiap Hari'  bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berkaitan pemakanan  dan mempromosikan perihal pendidikan nutrisi kepada seluruh kakitangannya.

Kempen selama seminggu itu merupakan inisiatif pasukan Dietetik dan Perkhidmatan Nutrisi  SDH dan telah berjaya menarik minat lebih daripada 150 ahli kakitangan  SDH untuk  mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang tempoh tersebut.

Pakar Pemakanan Kanan SDH, Nurul Aziah Musa berkata: " Kakitangan kami harus bijak  membuat pilihan makanan yang sihat dan lebih prihatin tentang kepentingan pemakanan yang baik terhadap kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh kerana sebagai individu profesional dalam bidang kesihatan, kami  memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesihatan. Sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan, kami perlu memastiksn ia dilaksanakan dengan tepat!"

Menurut kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi pada tahun 2011, bilangan individu yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi telah meningkat daripada 20.7% pada tahun 2006 kepada 35.1%. Buat masa ini, sekurang-kurangnya 1 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan tabiat pemakanan yang tidak sihat serta gaya hidup tidak aktif telah dikenal pasti sebagai punca peningkatan penyakit berkaitan pemakanan di kalangan rakyat negara ini.

Bagi menangani isu tersebut, pakar pemakanan SDH menganjurkan ceramah kesihatan kepada kakitangan dengan memberi penekanan terhadap Pendekatan Pemakanan Bagi Mengatasi Hipertensi (DASH), iaitu pelan pemakanan  yang dapat  membantu mengurangkan paras kolesterol. Di samping itu, semua kakitangan juga digalakkan untuk mengamalkan dan mengajar keluarga dan rakan-rakan mereka tentang diet  'pelangi’.

 "Warna sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi nutrien tersendiri yang penting untuk kesihatan kita dan dengan mencampurkan warna berbeza dalam diet seharian, kita dapat memaksimumkan manfaat pemakanan untuk badan kita," kata Nurul.

Beliau juga menekankan diet pelangi harus bermula di rumah kerana ia mendidik orang dewasa dan kanak-kanak untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Selain daripada ceramah kesihatan, pihak penganjur kempen turut mengadakan 'Sudut Pemakanan Sihat' pada setiap hari, untuk mempromosikan bulan nutrisi kepada pesakit dan mereka yang terlibat dalam tinjauan mesra pemakanan sihat di kafetaria hospital.

Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan SDH, sila layari www.simedarbyhealthcare.com  atau hubungi Careline Pelanggan di + (603) 5639 1212.

- Tamat –

About Sime Darby Healthcare

The Sime Darby Healthcare Group is a division within Sime Darby Berhad, Malaysia’s largest conglomerate. The Group is comprised of Sime Darby Medical Centre Subang Jaya (SDMC SJ), its flagship tertiary care 393-bed hospital; Sime Darby Medical Centre Park City, specializing in women, children and elderly care; Sime Darby Medical Centre Ara Damansara (SDMC AD), Malaysia’s first stand-alone Centre of Excellence focusing on the heart, brain, spine and joint cases; and Sime Darby Nursing & Health Sciences College.
End
Source:Sime Darby Healthcare
Email:***@intelectasia.com Email Verified
Tags:Intelectasia, Sime Darby Healthcare, SJMC, Malaysia Hospital, Sime Darby
Industry:Food, Nutrition
Location:Subang Jaya - Selangor - Malaysia
Account Email Address Verified     Account Phone Number Verified     Disclaimer     Report Abuse
Supernewsroom News
Trending
Most Viewed
Daily News



Like PRLog?
9K2K1K
Click to Share