Djrizal Enterprise Sasar Jualan 1Q2013 RM1K Bagi Cabang Perniagaan Langganan Majalah Majalah.Co

Djrizal Enterprise, sebuah syarikat milikan tunggal Bumiputera mensasarkan jualan pada suku pertama 2013 ini sekitar RM1K untuk cabang perniagaan langganan majalahnya.
 
Jan. 18, 2013 - PRLog -- Djrizal Enterprise Sasar Jualan RM1K Dalam Suku Tahun Pertama 2013 Untuk Cabang Perniagaan Langganan Majalah Menerusi Majalah.Co

Djrizal Enterprise, sebuah syarikat milikan tunggal Bumiputera mensasarkan jualan pada suku pertama 2013 ini sekitar RM1K untuk cabang perniagaan langganan majalahnya. Ini berdasarkan prestasi cabang perniagaan tersebut di bawah nama Majalah.Co yang mencatatkan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM2.5K.

Permintaan langganan majalah meningkat sempena jualan akhir tahun yang dianjurkan di mana mencatatkan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM1.1K.

Walau pun syarikat pada masa ini menghadapai kekangan pengiklanan kerana masalah dengan Google belum dapat diselesaikan, Pengurus Majalah.Co, Samsul Rizal meletakkan pemasaran email sebagai pilihan utama promosi dan pengiklanan.

Buat masa ini, Majalah.Co mempunyai hampir 30 pelanggan dan angka ini diunjurkan berkembang pada kadar 20% untuk 1Q2013.

Majalah paling laris langganan buat masa ini adalah Majalah Solusi dan diikuti dengan Majalah Al-Ustaz. Minat terhadap penerbitan berkonsep keagamaan menjadi pilihan sejak cabang langganan majalah beroperasi diikuti dengan genre ekonomi dan kewangan yang didominasi oleh majalah Personal Money terbitan The Edge Communication yang berpengkalan di Mutiara Damansara, Malaysia.

Sasaran terbesar Djrizal Enterprise dengan cabang perniagaan Majalah.Co adalah dengan pembukaan kedai fizikal yang lokasinya masih lagi dalam proses awal kajian. Pengurus lebih selesa dengan status Perniagaan Dari Rumah (Home-Based Business) dan meletakkan opsyen pembukaan kedai fizikal ini sebagai bonus kepada syarikat.

Selain daripada Majalah.Co, cabang kesayangan Djrizal Enterprise adalah MajalahSolusi.com di samping Djrizal.com dan DropshipClicks.com.

Sumber: Unit Perhubungan Awam Djrizal Enterprise 2013
End
Source: » Follow
Email:***@majalah.co Email Verified
Tags:Magazine Subscription, Langganan Majalah, Langganan, Majalah, Subscribe
Industry:Publishing
Location:Petaling Jaya - Selangor Darul Ehsan - Malaysia
Subject:Earnings
Account Email Address Verified     Account Phone Number Verified     Disclaimer     Report Abuse
Djrizal Enterprise News
Trending
Most Viewed
Daily News



Like PRLog?
9K2K1K
Click to Share