Ayamazz Roti Impit (Launch & JV with KFCH)

Ayamazz Roti Impit adalah makanan yang menggunakan sosej jenis keju, lada hitam dan cendawan jenama Ayamas dan roti yang disediakan secara kukus dan minuman berbagai perisa mendapat sambutan luar biasa
 
Oct. 28, 2012 - PRLog -- Johor Corporation menyokong bisnes ini
sepenuhnya dan dengan bantuan graduan
daripada Syarikat Hotdog Café telah
memulakan perniagaan di kampus UiTM pada
Oktober 2009.
Syarikat tersebut di panggil sebagai Hotdog
Café. Makanan yang menggunakan sose j jenis
keju, lada hitam dan cendawan jenama Ayamas
dan roti yang disediakan secara kukus dan
minuman berbagai perisa mendapat sambutan
luar biasa dan syarikat tersebut telah mencapai
prestasi jualan yang tinggi.
Mantan Ketua Eksekutif Johor Corporation
Tan Sri Ali Hashim telah menamakan bisnes ini
sebagai Ayamazz Roti Impit.
Selain dari Roti Impit, produk lain yang dijual
di kiosk ini adalah Minuman Pearl (Strawberry ,
chocolate, honeydew & cappucino), Burger Roti
Impit, Walls Roti Impit, Golden Nuget, Drummet
dan Ayam Goreng Crispy.
Sempena pelancaran Ayamazz Roti Impit
pada 9 Februari 2012 mereka menjemput
pelakon terkenal tanah air , Iqram Dinzly yang
diberi penghargaan untuk merasai keenakan
Roti Impit dan pelbagai menu lain.
Bagi melebarkan sayap perniagaan Ayamazz
Roti Impit, Ayamazz Sdn Bhd telah melantik
Jati Bestari Sdn Bhd ( JBSB) sebagai rakan niaga
yang diberi tanggungjawab dalam bahagian
pemasaran, promosi dan pengurusan acara.
JBSB akan memastikan jualan dan bukaan
kiosk Ayamazz Roti Impit di seluruh negara
termasuk di Sabah dan Sarawak. JBSB juga akan
membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 ribu
untuk tujuan promosi dan pengiklanan dalam
jangka masa enam bulan yang akan datang.
JBSB diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi,
Nor Azman Hussain Sahib Marican.

Pembukaan Outlet Ayamazz Roti Impit

Anak syarikat milik penuh KFC Holdings(Malaysia) Bhd,
Ayamazz Roti Impit melancarkan cawangan ke-14 dalam pasaran terbuka yang
terletak kawasan pejalan kaki, Pasar Seni, Kuala
Lumpur, pada Sabtu lalu (9 Jun 2012).
Pembukaan cawangan itu menandakan pembukaan Ayamazz Roti Impit pertama hasil usaha sama antara Ayamazz Sdn Bhd dan Jati Bestari Sdn Bhd yang dimeterai Februari 2012.
“Dalam usaha untuk meluas dan mengukuhkan perniagaannya, Ayamazz Roti
Impit telah melantik Jati Bestari Sdn Bhd untuk memasar dan mempromosikan Ayamazz Roti Impit termasuk promosi, pengiklanan serta membuka lebih banyak kios Ayamazz Roti Impit di seluruh negara termasuk di Sabah dan
Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Anak syarikat milik penuh KFC Holdings(Malaysia) Bhd, Ayamazz Roti Impit menawarkan program pelesenan pada kos berpatutan kepada semua warganegara Malaysia untuk memulakan perniagaan.
“Syarikat merancang untuk meneroka pasaran terbuka secara agresif tahun ini dengan menyasar membuka 100 cawangan di seluruh
negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.
Tahun ini, seramai 150 peserta komited untuk menerokai perniagaan Ayamazz Roti Impit dan sedang dalam proses membuka cawangan.
Pada Jun nanti, tiga cawangan akan memulakan operasi di Kajang, Pasar Seni dan
Putrajaya. Lima kedai lagi akan dibuka pada Julai di Mydin Meru Jaya, Ipoh, lapangan terbang tambang murah (LCCT) Sepang, The Store
Sungai Buloh, Pudu Sentral dan Terminal Feri Labuan.
Ayamazz Roti Impit atau ‘Frank Buns’ adalah snek berasaskan konsep grab-and-go.
Ia disediakan dalam tiga pilihan iaitu keju,
cendawan dan lada hitam, Roti Impit disediakan dengan mengukus frankfurter dan roti serta dituang dengan sos Chillimayo yang direka khas.

Peluang Perniagaan Ayamazz Roti Impit

Ayamazz Sdn Bhd dan Jati Bestari Sdn Bhd.
telah berjaya melancarkan satu produk baru yang dinamakan Ayamazz Roti Impit. Perniagaan Ayamazz Roti Impit ini boleh menjana pendapatan sebanyak RM30 ribu sebulan.
Ayamazz Roti Impit merupakan snek yang didatangkan dalam tiga rasa iaitu ke ju, garli, italian herbs, cendawan, dan lada hitam.
Roti Impit disediakan dengan mengukus frankfurter dan bun, dan kemudian ditambah dengan sos Chillimayo yang dicipta khas.
Lada kasar kemudian ditabur di atas Roti Impit untuk menambah perisa frankfurter Ayamas yang lazat.
Selain itu, terdapat juga Ayamazz Roti Impit berperisa bolognese dan tom yam.
Selain itu, di majlis yang sama turut diperkenalkan beberapa produk lain yang
tidak kurang lazatnya seperti Walls Roti Impit, spaghetti, waffle,dan juga minuman ‘pearl beverage’ yang mempunyai empat rasa iaitu coklat, cappuccino, strawberi, dan tembikai susu.
Ayamazz Roti Impit juga mengadakan seminar untuk memperkenalkan perniagaan ini kepada umum setiap hari ahad di Wisma KFC level 3,
Layari : http://ayamazz.com.my/
atau
hubungi : +603 - 9236 7312
untuk maklumat tentang Ayamzz Roti Impit.
End
Source: » Follow
Email:***@ayamazz.com.my Email Verified
Zip:50250
Tags:Food & Bevarage, Licensee, Consultant
Industry:Food
Location:Kuala Lumpur - Kuala Lumpur - Malaysia
Subject:Joint Ventures
Account Email Address Verified     Account Phone Number Verified     Disclaimer     Report Abuse
Trending News
Most Viewed
Top Daily News



Like PRLog?
9K2K1K
Click to Share