Blog..? Apa Benda Tu..?

Blog merupakan gabungan 2 patah perkatan web & log.Web bermaksud laman web, manakala log pula mewakili catatan atau jurnal.Jadi di sini, dalam erti kata lain blog merupakan catatan/jurnal laman web.Ianya dibina & dikemaskini oleh seorang yang...
By: Hadinur MS
 
Jan. 15, 2010 - PRLog -- Melainkan sekiranya beberapa tahun kebelakangan ni anda ibarat ‘katak di bawah tempurung’, anda seharusnya tahu apa itu blog atau paling tidak pun pernah dengar mengenainya.Mungkin yang agak mengelirukan anda adalah kegunaan serta kepentingannya kepada sesetengah individu.

Blog merupakan gabungan 2 patah perkatan web & log.Web bermaksud laman web, manakala log pula mewakili catatan atau jurnal.Jadi di sini, dalam erti kata lain blog merupakan catatan/jurnal laman web.Ianya dibina & dikemaskini oleh seorang yang di kenali sebagai blogger.Blog biasanya mengandungi koleksi artikel perkongsian maklumat atau sekadar diari si penulis (blogger).Terdapat juga sesetengah blog yang mempunyai kombinasi gambar, artikel, video &  mp3.Semuanya terpulang kepada blogger tersebut.

Pada kebiasaannya, ramai yang beranggapan bahawa mereka yang berpengaruh atau ternama saja sesuai mempunyai blog.Tidak wajarlah sekiranya kita berfikiran sedemikian.Ini kerana memiliki blog tidak terhad kepada mereka yang ternama atau berpengaruh saja.Walau siapa anda sekalipun, sama ada seorang pelajar, pekerja swasta, kakitangan kerajaan, usahawan mahupun penanam anggur berjaya penganggur, anda seharusnya mempunyai blog.Kita perlu memiliki blog bagi tujuan perniagaan, minat, membina kredibiliti atau sekadar diari harian.Ini kerana blog merupakan salah satu medium yang berkesan untuk menyampaikan informasi terkini mengenai diri ataupun perniagaan anda.Tahukah anda, dengan memiliki blog anda juga boleh menambah pendapatan & menjadi terkenal..!

Berikut adalah beberapa cara untuk menghasilkan pendapatan melalui blog :-

1- Jual servis/produk.

Sekiranya anda adalah seorang usahawan tidak kiralah sama ada online ataupun offline, blog juga boleh menjadi salah satu medium pemasaran yang efektif.

2- Jana wang melalui affiliate.

Menjadi agen pemasaran bagi menjual sesuatu produk di blog anda.Anda akan diberikan komisyen sekiranya terdapat pembelian melalui link affiliate anda.

3- Sewa ruang pengiklanan.

Anda boleh menyewakan  ruang pengiklanan yang terdapat di blog anda kepada sesiapa saja yang berminat atau anda boleh mendaftarkan blog anda dengan komuniti pengiklanan online.

Di atas merupakan 3 cara yang biasa dilakukan oleh blogger untuk menambah pendapatan mereka.Kalau diikutkan, sememangnya terdapat pelbagai cara lagi untuk anda menambah pendapatan melalui blog.Saya hanya menerangkan secara ringkas saja.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki blog sendiri tetapi tidak mempunyai pengetahuan/kepakaran membinanya, anda bolehlah mendapatkan panduan membina blog dari rakan Facebook saya iaitu saudara Yazid Yahaya.Beliau merupakan seorang blogger yang sangat aktif di dalam dunia internet Malaysia dan juga penulis buku Buat Duit Dengan Blog terbitan syarikat PTS.

Terima Kasih & Salam Sukses..!

Hadinur MS

My Blog : http://revolusiusahawan.com/blog

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

# # #

Hadinur MS merupakan seorang penulis di blog Revolusi Usahawan dot Com. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berguna mengenai perniagaan internet dan pemasaran internet, bolehlah ke http://revolusiusahawan.com/blog
End
Source:Hadinur MS
Email:***@yahoo.com Email Verified
Tags:Blog, Blogging, Blogger
Industry:Home business, Marketing, Business
Location:Malaysia
Account Email Address Verified     Disclaimer     Report Abuse
Revolusi Usahawan dot Com PRs
Trending News
Most Viewed
Top Daily News



Like PRLog?
9K2K1K
Click to Share