1. Latest News
  2. Submit Press Release
  1. PR Home
  2. Latest News
  3. Feeds
  4. Alerts
  5. Submit Free Press Release
  6. Reporter Account

7 Teknik Pemasaran Internet Berkesan

Pemasaran adalah ibarat nadi atau jantung sesebuah perniagaan.Tanpa teknik atau strategi pemasaran yang berkesan, seseorang usahawan itu berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan para usahawan yang lain dan ini akan......

FOR IMMEDIATE RELEASE

 
Strategi Pemasaran Berkesan
Strategi Pemasaran Berkesan
PRLog (Press Release) - Oct 30, 2009 -
Pemasaran adalah ibarat nadi atau jantung sesebuah perniagaan.Tanpa teknik atau strategi pemasaran yang berkesan, seseorang usahawan itu berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan para usahawan yang lain dan ini akan menyebabkan usahawan berkenaan terpaksa ‘gulung tikar’ sekiranya perkara tersebut berlanjutan.7 teknik pemasaran internet ini boleh diguna pakai dan sememangnya berkesan sekiranya dipraktikkan dengan betul.Teknik -teknik ini telah diakui keberkesanannya oleh kebanyakkan usahawan-usahawan berjaya yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan internet ini.

1. Pemasaran Forum

Forum adalah tempat yang sesuai untuk anda membina nama ataupun ‘jenama’ anda.Berikan sesuatu maklumat yang berharga dan percuma kepada ahli forum.Dengan cara yang demikian, anda akan ‘dipandang’ dan ‘kewujudan’ anda disedari oleh ahli-ahli forum yang lain.Ini secara tidak langsung dapat membina reputasi anda dalam niche yang anda pilih.Letakkan link anda pada ruangan signature.Elakkan dari terlibat dengan sebarang pergaduhan atau perbalahan.Anda ke forum adalah untuk mempromosikan perniagaan anda dan bukannnya untuk bergaduh.

2. Pemasaran Social (Laman Social Networking)

Pemasaran sosial ni lebih kurang sama saje dengan pemasaran forum.Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemasaran sosial, sila baca artikel saya yang bertajuk Usahawan Internet & Laman Social Networking.

3. Pemasaran Blog

Blog merupakan satu medium yang patut dimanfaatkan untuk menarik trafik ke laman web jualan anda.Dinasihatkan supaya anda menggunakan blog berbayar iaitu blog yang dihostkan di domain anda sendiri.Ini akan meningkatkan tahap ‘percaya’ pelawat/pembaca yang datang ke blog anda untuk mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

4. Pemasaran Artikel

Merupakan satu cara yang popular untuk menjana back link daripada laman-laman web yang berkualiti/bertrafik tinggi.Lebih banyak artikel anda menerima pendedahan di dunia online maka akan lebih banyaklah perhatian/trafik yang akan anda terima sekaligus bakal mendapatkan hasil jualan untuk anda.

5. Pemasaran Video

Kini video telah menjadi trend untuk memasarkan info secara online.Ini kerana video adalah fleksible dan boleh menarik perhatian orang untuk menontonnya.Masukkan URL  laman yang anda promosikan di awal dan akhir video tersebut.Sesiapa pun yang menonton video berkenaan, dengan mudah dan cepat akan dapat mencari link untuk mendapatkan informasi lanjut.

6. Pemasaran Email

Ia memerlukan anda untuk membina squeeze page dan meletakkan borang opt-in untuk mendapatkan alamat email subsciber.Contoh squeeze page yang biasa anda lihat adalah anda akan mendapat produk/software percuma sekiranya anda meletakkan nama & alamat email anda pada borang opt-in.Autoresponder diperlukan untuk membolehkan anda menghantar respond kepada orang yang mengisi maklumat pada borang opt-in tersebut dan menghantarnya secara automatik.Autoresponder juga digunakan untuk menghantar sebarang email promosi kepada senarai subscriber anda dengan sekali klik sahaja.

7. Pemasaran Viral

Buatlah satu ebook percuma dan letakkan pada squeeze page anda.Di dalam ebook tersebut selitkan link-link laman web jualan dan juga blog anda atau apa-apa saje link (link-link affiliate anda) yang berkaitan dengan isi kandungan ebook.Benarkan subcriber anda untuk mengedarkan ebook berkenaan secara percuma tetapi dengan syarat…isi kandungan ebook tidak boleh diubah.Maka di sini link-link anda yang terdapat di dalam ebook terbabit akan tersebar dari tangan ke tangan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi teknik dan juga strategi pemasaran internet yang berkesan boleh anda gunakan.Tetapi di sini saya hanya menunjukkan 7 teknik pemasaran internet saje yang terbukti keberkesanannya untuk dikongsikan bersama dengan anda.

Terima Kasih & Salam Kejayaan..!

Hadinur MS

My Blog : http://www.revolusiusahawan.com/blog

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Photo:
http://www.prlog.org/10395037/1

# # #

Ke arah perniagaan internet yang sebenar dan rahsia usahawan internet buat duit online. Pelajari strategi keusahawanan internet dan dapatkan info berkenaan perniagaan internet dan buat duit online

--- end ---

Click to Share

Contact Email:
***@yahoo.com Email Verified
Source:Hadinur MS
Country:Malaysia
Industry:Perniagaan internet
Tags:, , usahawan berjaya
Last Updated:Oct 30, 2009
Shortcut:http://prlog.org/10395037
Disclaimer:   Issuers of the press releases are solely responsible for the content of their press releases. PRLog can't be held liable for the content posted by others.   Report Abuse

Latest Press Releases By “

More...

Upcoming Press Releases...



  1. SiteMap
  2. Privacy Policy
  3. Terms of Service
  4. Copyright Notice
  5. About
  6. Advertise
Like PRLog?
3.5K1.4K1.3K
Click to Share