PRLog (Press Release) - Oct 03, 2009 -
Setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.Oleh itu kenali dan kaji kelebihan diri anda.Gunakan kelebihan yang ada pada anda, walaupun sedikit saja sudah cukup untuk anda mula menjana pendapatan di internet.Jangan terlalu terikut-ikut dengan kelebihan/kecenderungan orang lain.Contohnya, bila kita tengok orang jual barang kat ebay, kita pun nak jual.Kita tengok orang buat adsense, kita pun nak buat.Tengok orang jual produk PLR/MRR, kita pun nak jual jugak…Senang cerita, kelabu mata la ni.Last-last satu apa pun tak jalan.Yang dapat cuma pening (overloaded)
Beri masa pada diri anda untuk memilih dan menilai cabang yang manakah paling sesuai untuk anda…Tanya pada diri sendiri – ‘Apakah yang aku minat..?‘.Minat memainkan peranan penting kerana minatlah yang akan mendorong anda untuk terus berusaha.Anda juga tidak akan menjadi cepat bosan sekiranya membuat sesuatu perkara yang anda minat.
Sebagai permulaan untuk menceburkan diri di dalam perniagaan internet, anda hendaklah fokus kepada satu cabang saja.Ini kerana sekiranya anda ingin membuat semua perkara di dalam satu masa adalah amat mustahil..! Melainkan anda sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan internet ni.Sekiranya anda fokus kepada satu cabang, maka anda boleh menyusun strategi/langkah anda dengan lebih baik & teratur.Percayalah…
Ilmu…ya ilmu merupakan keutamaan yang wajib ada pada anda.Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu yang berkaitan dengan cabang yang anda pilih, anda tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa.Jadi…
Buang sikap malas anda..! Sekiranya ini adalah sikap yang ada pada anda sekarang.Ingatlah…
Sekiranya anda telah memilih cabang/bidang yang ingin anda ceburi, teruskan fokus…Rancang segala strategi/langkah anda.Disiplinkan diri untuk mencatat apa2 saja perancangan & buatlah jadual untuk melaksanakannya.
Ambil dan buatlah satu keputusan yang tepat berdasarkan kelebihan & minat anda.Semoga tujuan anda untuk menghasilkan pendapatan di internet menemui jalan kejayaan.
Terima Kasih & Salam Kejayaan..!
Hadinur MS
Blog : http://www.revolusiusahawan.com/



